Saturday, January 16, 2010

Fathimah azzahra

Siti Fatimah Azzahra r.a seorang remaja puteri yang memiliki kemuliaan, kecantikan, keluhuran dan keagungan hidup di bawah naungan langsung ayahandanya.Semua pandangan mata terarah padanya. Di antara para sahabat Rasulullah s.a.w banyak yang ingin mendapatkan keberuntungan dapat menjadi teman hidup Siti Fatimah r.a agar memperoleh kemuliaan daripada hubungan kekeluargaan dengan ayahandanya..

Siti Fatimah Azzahra r.a memang merupakan wanita yang paling tinggi kemuliaannya, agamanya dan kedudukannya. Rasulullah s.a.w pernah berkata kepada puterinya: “Hai Fatimah, sesungguhnya Allah marah kerana kemarahanmu dan redha kerana keredhaanmu” –

Pada suatu kesempatan beliau memberitahu bahawa puterinya itu adalah wanita paling terkemuka dan paling baik. “Apakah engkau tidak puas hati menjadi wanita paling terkemuka dan paling baik di antara semua wanita kaum muslimin,atau wanita yang paling terkemuka di kalangan ummat ini?”Sabda Rasulullah s.a.w.